Khutbah Teragung dalam islam tentang Keutamaan Bulan Ramadhan.
Adalah Khutbah Kekasih kita, Tuan Kita, Rasulullah shallahu alaihi wa sallam dalam meyambut Bulan Ramadhan.
عن سلمان الفارسي قال : خطبنا رسول الله صلى الله عليه و سلم في آخر يوم من شعبان فقال : أيها الناس إنه قد أظلكم شهر عظيم ، شهر مبارك ، شهر فيه ليلة خير من ألف شهر ، جعل الله تعالى صيامه فريضة وقيام ليله تطوعاً من تقرب فيه بخصلة من خصال الخير كان كمن أدى فريضة فيما سواه ، ومن أدى فيه فريضة كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه ، وهو شهر الصبر ، والصبر ثوابه الجنة ، وشهر المواساة ، وشهر يزاد في رزق المؤمن فيه ، من فطر فيه صائماً كان له مغفرة لذنوبه ، وعتق رقبته من النار ، وكان له مثل أجره من غير أن ينقص من أجر الصائم شئ " قلنا : يا رسول الله ، ليس كلنا يجد ما يفطر الصائم ، فقال رسول الله صلى الله عليه و سلم : " يعطى الله هذا الثواب من فطر صائماً على مذقة لبن أو تمرة أو شربة ماءً ومن سقى صائماً سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ بعدها حتى يدخل الجنة ، وهو شهر أوله رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار ، ومن خفف عن مملوكه فيه غفر الله له وأعتقه من النار ، فاستكثروا فيه من أربع خصال وخصلتين ترضون بهما ربكم ، خصلتين لا غنى لكم عنهما ، فأما الخصلتان اللتان ترضون بهما ربكم فشهادة أن لا إله إلا الله وتستغفرونه ، وأما اللتان لا غنى لكم عنهما فتسألون الله تعالى الجنة وتعوذون به من النار "...
رواه ابن خزيمة في صحيحه 3/191 رقم (1887) وقال : إن صح الخبر ، و الترغيب والترهيب للمنذري (2/95
Artinya : Dari Salman Al-Farisi Radhiyallahu anhu berkata, “Rasulullah saw berkhutbah kepada kami di hari akhir dalam bulan Sya'ban dengan sabdanya :
Wahai manusia! Telah datang kepada kamu bulan yang hebat, bulan yang diberkati, bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan, bulan yang Allah wajibkan berpuasa di siang harinya, menjadikan solat Tarawih sebagai sunat di malamnya. Sesiapa yang bertaqarrub (mendekatkan dirinya kepada Allah) dengan mengerjakan salah satu amalan kebaikan yang fardhu maka Allah menggandakan pahalanya sebanyak 70 kali amalan fardhu di bulan-bulan yang lain. Sesiapa yang mengerjakan amalan sunat maka pahalanya seperti mengerjakan amalan fardhu di bulan-bulan yang lain.
Ramadan adalah bulan sabar, sedang balasan bagi sabar adalah Syurga. Ramadan adalah bulan muwasaah, bulan yang di dalamnya ditambah rezeki bagi orang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang berbuka puasa, maka amalan itu merupakan pengampunan bagi dosa-dosanya, menyelamatkan dirinya dari api neraka dan baginya sebanyak pahala orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa itu. Para Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Tidak semua dari kami mampu untuk memberi orang untuk berbuka puasa”. Rasulullah saw menjawab, “Allah memberi pahala tersebut (walaupun) kepada seseorang yang memberi buka puasa kepada seseorang yang berpuasa (walaupun) dengan sebiji buah kurma, secawan air kosong atau seteguk susu. Sesungguhnya Ramadan adalah bulan dimana awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya selamat dari Neraka.
Perbanyakkanlah di dalam bulan Ramadan 4 perkara. Dua perkara darinya menyebabkan Tuhanmu redha kepada kamu. Dua perkara lagi kamu sangat memerlukannya. Dua perkara yang menyebabkan Tuhanmu redha kepada kamu ialah kamu (mengucapkan) mempersaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kamu meminta keampunan dariNya. Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya iala kamu memohon Syurga dari Allah dan kamu memohon dariNya supaya dijauhkan dari Neraka..”
(HR. Ibnu Khuzaimah dalam kitab Shohihnya (3/191) hadits ke 1887, beliau berkata ini adalah Khabar yang Shohih, dan dalam kitab Targhib Wat Tarhib Lil Mundziri (2/95))